Isu pendedahan
pemilikan nombor pendaftaran kereta kepunyaan Sanjeevan, Pengerusi
MyWatch, tetap menjadi tajuk perbualan hangat warga kota dan juga
masyarakat Malaysia.
Sehingga kini, pihak yang bertanggung jawab
di dalam kes ini samada pihak PDRM ataupun SPRM dilihat begitu lesu dan
tidak mempunyai keberanian untuk menyiasat dengan telus bagaimana dari
hanya seorang bekas pekerja hotel mampu untuk membida 2 unit nombor plat
kenderaan bernilai melebihi RM300,000.
Bidaan yang dibuat oleh Sanjeevan tersebut adalah untuk dua buah kereta mewahnya yang bernilai melebihi RM500,000.
Menurut jawapan Sanjeevan, wang kemewahan yang diperolehi oleh beliau adalah hasil dari titik peluh beliau bekerja. Rujuk di sini. Maka terpulanglah kepada beliau bagaimana dan di mana beliau hendak membelanjakannya.
Adakah
pihak yang terlibat (PDRM dan SPRM) tidak mempunyai syak wasangka
apakah pekerjaan yang Sanjeevan lakukan antara tarikh beliau berhenti
menjadi pekerja hotel dan menjadi seorang jutawan muda?
Apakah tidak wujud hubungan langsung dengan unsur ugutan ataupun imbuhan hasil dari mengugut pihak tertentu dalam Kes Skandal Seks Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM? Rujuk di sini.
Masyarakat
mula melakar persepsi yang amat negatif apabila kes yang melibatkan
Sanjeevan maka pihak yang terlibat terutamanya PDRM kelihatan cuba
mengelak malah seperti ada kuasa luar yang cuba mengawal agar Sanjeevan
tidak upaya disentuh?
Masyarakat juga mula melihat seperti
wujudnya kes terpilih sahaja dalam siasatan pihak yang terlibat. Adakah
kes yang memalukan nama baik PDRM seperti ini tidak penting untuk dibuat
siasatan yang segera?
Sanjeevan dilihat akhir-akhir ini mula
melontarkan dakwaan sembarangan bila beliau dilihat menyerang
mantan-mantan Ketua Polis Negara. Bahkan sudah ada laporan polis dibuat
oleh beberapa NGO yang perihatin terhadap integriti PDRM. Rujuk di sini.
Apakah Sanjeevan terlalu kebal sehinggakan dengan sewenang-wenangnya membuat tuduhan liar seperti di bawah ini:
1) Seorang anak mantan Ketua Polis Negara yang membunuh seorang lelaki Cina.
2)
Mantan KPN manakah yang digelar “Si Musang” bersengkongkol dengan
kongsi gelap dan mempunyai nilai aset seta simpanan duit yang banyak di
Singapura
3) Mendedahkan siapakah Pegawai Tinggi PDRM yang bergelar Datuk Seri terlibat dalam skandal seks
PDRM juga dilihat seperti
diperbodohkan apabila Sanjeevan berbohong telah hadir ke Balai Polis
Kajang sedangkan pegawai penyiasat menafikannya.
No comments:
Post a Comment