Tuesday 14 April 2015

Cubaan 'Menutup' Skandal Seks Pegawai PDRM?

Beberapa minggu yang lepas terdapat rungutan dari penggiat media sosial dan warga netizen apabila beberapa portal dan web serta blog yang menyiarkan artikel berhubung dengan dakwaan Sanjeevan tentang Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM telah 'diganggu'? Bahkan ada sesetengah portal dan blog tidak dapat di layari oleh pembaca yang mengikuti kes dakwaan yang memalukan nama baik PDRM tersebut.

Kenapa ini berlaku? Apakah ada unsur-unsur campurtangan atas arahan orang tertentu yang takut rahsianya terbongkar?

Adakah terdapat arahan dari pada seseorang yang berkuasa kepada SKMM? atau wujud penggodam profesional yang dibayar untuk 'menutup' kesemua cerita pendedahan Sanjeevan sebelum ini?


Beberapa enjin carian juga menghadapi masalah untuk 'mencari' artikel yang memuatkan cerita pendakwaan berani Sanjeevan tentang beliau mempunyai bukti bergambar dan dokumen berhubung Skandal Seks Pegawai Berpangkat PDRM tersebut.

Masyarakat mula sangsi kredibiliti Ketua Polis Negara apabila tidak ada petunjuk baharu berkaitan dengan siasatan terhadap Pengerusi NGO Benteras Jenayah, Sanjeevan. Pengakuan Sanjeevan tentang pemilikan bukti pada dirinya seperti dipandang sepi oleh Ketua Polis Negara.

Sebelum ini Sanjeevan mendedahkan bahawa beliau telah dipanggil untuk menjalani siasatan tetapi beliau enggan menyerah bukti sehingga beliau mendapat jaminan Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Tetapi sehingga kini kes ini tiada perkembangan terbaru. Rujuk di sini.

Terbaharu, beberapa NGO membuat laporan polis terhadap Sanjeevan kerana didapati membuat dakwaan liar kepada mantan-mantan Ketua Polis Negara namun yang mendukacitakan, Sanjeevan berbohong kononnya beliau hadir ke balai polis Kajang sedangkan pegawai penyiasat kes menafikannya. Rujuk di sini.

Dakwaan liar Sanjeevan rujuk di sini.

Melalui cakap-cakap di Plaza Pekeliling dan Tanglin, Sanjeevan kini begitu rapat dengan Ketua Polis Negara?

No comments:

Post a Comment