Monday 6 April 2015

Ketua Polis Negara Cuba Tutup Kes Skandal Seks?

Semakin lama semakin tertekan nampaknya Sanjeevan, Pengerusi MyWatch, sebuah NGO yang diasaskan kononnya untuk membantu PDRM membenteras jenayah.

Tertekan kerana Sanjeevan terpaksa menipu masyarakat negara ini bahawa beliau hadir ke Balai Polis Kajang untuk disoal siasat berhubung dengan dakwaan beliau pada tahun lepas bahawa beliau mempunyai bukti yang teramat kukuh mengenai Skandal Seks melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM.

Masyarakat menilai pendakwaan yang dibuat oleh Sanjeevan adalah serius kerana Sanjeevan mengaku bahawa beliau mempunyai bukti bergambar dan adanya dokumen sokongan sebagai bukti. Lantaran dakwaan Sanjeevan, Khalid mendakwa telah memanggil Sanjeevan tetapi menurut Khalid, Sanjeevan enggan menyerahkan bukti. Hingga ke hari ini kes yang memalukan nama PDRM ini bagaikan cuba ditutup? Rujuk di sini.

Menurut Khalid lagi, Sanjeevan dikatakan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 509 Kanun Acara Jenayah menetapkan hukuman penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menghina orang lain.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula menetapkan denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun untuk kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian untuk kegunaan yang tidak sopan.

Persoalan yang timbul, kenapa Sanjeevan baharu sahaja mengaku ke Balai Polis Kajang? Dan kenapa sehingga ke hari ini Sanjeevan bebas tanpa dakwaan yang disebut di atas. Tidak pernah ada maklumat atau berita di mana-mana akhbar bahawa Sanjeevan ditahan untuk siasatan.

Terbaharu, laporan polis sudah dibuat oleh NGO Benteras Jenayah, MCCC dan sehingga berita ini ditulis, Sanjeevan kekal bebas. Kenapa susah sangat untuk keluarkan arahan melalui twitter supaya kes ini disegerakan?

No comments:

Post a Comment