Tuesday 7 April 2015

Ibu Gigit Tangan Penyamun Kereta



Ampang: Kasihkan anak menyebabkan seorang ibu nekad bergelut serta menggigit tangan seorang penjenayah yang cuba melarikan kenderaannya sekuat hati.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi semalam, penjenayah cuba melarikan kenderaan pacuan empat roda model Toyota Harrier milik mangsa yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang di sini.

Kejadian berlaku sejurus mangsa meletakkan anak perempuannya berusia setahun enam bulan di tempat duduk belakang kenderaan.

Mangsa seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 30-an, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru keluar dari sebuah kedai serbaneka sambil mendukung anaknya itu.

“Saya menyedari kehadiran sebuah kereta model Proton Preve berwarna putih yang diletakkan bersebelahan kenderaan saya.

- HM

No comments:

Post a Comment