Thursday 30 April 2015

‘Bayar RM1,600, 3 hari dapat lesen’



Shah Alam: Seorang lelaki berusia 25 tahun sanggup membayar RM1,600 kepada sindiket ‘lesen terbang’ bagi mendapatkan lesen dengan cara mudah tanpa perlu melalui ujian memandu seperti yang ditetapkan undang-undang.

Gaduh Dan Tetak Di Kubur



Muar: Pergaduhan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang cedera ditetak dengan parang di Tanah Perkuburan India Sungai Abong di sini, Jumaat lalu dikenal pasti berpunca akibat berebut seorang wanita.

Tinggal Mayat Polis Bantuan Dalam Bilik Hotel



Kuala Lumpur : Seorang daripada empat rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan dikenal pasti sebagai anggota polis bantuan.

Rogol Kekasih Umur 13 Tahun



Kota Bharu: Akibat merogol kekasihnya berusia 13 tahun Februari lalu, seorang buruh dipenjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Pecah Mangga Pintu Guna Lilin Dan Pemetik Api



Kuala Lumpur: Seorang penagih dadah dikesan menggunakan lilin dan pemetik api untuk memecahkan mangga kunci sebelum menceroboh masuk bilik guru sebuah sekolah menengah di Segambut di sini.

Wanita Vietnam Bunuh Diri, Cinta Ditolak



Georgetown: Kecewa kerana cintanya tidak berbalas, seorang wanita warga Vietnam nekad terjun dari tingkat empat parkir kereta di flat Taman Aman Jaya, Relau, di sini, semalam.

Stor Rahsia Bawah Kolong Kedai Makan



Kuala Lumpur: Bina stor rahsia di bawah kolong kedai makan. Itu antara taktik terbaru digunakan peniaga untuk menyembunyikan pelbagai produk ubat beracun diseludup dari negara jiran.

Skandal Seks Pegawai Berpangkat Tinggi Polis: Ada Unsur Rasuah?

Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut Khalid, semua laporan yang diterima berkaitan penyelewengan 1MDB akan dirujuk kepada pasukan tersebut yang ditubuhkan empat hari lalu.

Masyarakat memuji langkah Khalid yang cepat bertindak ke atas laporan-laporan yang telah dibuat berhubung dengan 1MDB namun bagaimana pula dengan kes yang melibatkan nama baik PDRM sendiri?

Bagaimana dengan dakwaan Sanjeevan, Pengerusi MyWatch bahawa beliau mempunyai bukti bergambar berhubung seorang anggota polis yang berpangkat tinggi terlibat dengan skandal seks? Adakah kes ini tidak perlu disiasat segera?

Masyarakat juga terasa tertipu dengan dakwaan terbaru Sanjeevan yang kononnya beliau sudah hadir ke Balai Polis Kajang tetapi pengakuan beliau telah dinafikan sendiri oleh Pegawai Penyiasat kes tersebut. Sanjeevan tidak pernah hadir seperti yang beliau dakwa di dalam twitter miliknya baru-baru ini.

Begitu juga dengan 'kekayaan mengejut', apakah benar Sanjeevan berjaya di dalam perniagaannya? Apakah perniagaan beliau sehinggakan beliau mampu untuk membeli dua unit nombor plat kenderaan dengan harga melebihi RM300,000?

Sanjeevan juga didapati mula menyerang nama-nama Mantan Ketua Polis Negara dengan pelbagai pertuduhan baru. Adakah Ketua Polis Negara ingin membiarkan sahaja seorang Pengerusi NGO Benteras Jenayah membuat tuduhan liar yang akhirnya memburukkan nama baik PDRM?

Pihak SPRM juga dilihat begitu serius dalam isu 1MDB dengan menubuhkan juga pasukan khas. Bagaimana pula dengan kes-kes yang tersebut di atas?

Wednesday 29 April 2015

Empat Perompak Kedai Komputer Ditangkap



Port Dickson: Empat perompak yang cuba melarikan diri selepas merompak kedai komputer di Jalan Bypass di sini, berjaya diberkas polis, 3.30 petang tadi.

Kubur Misteri Digali Semula



Segamat: Pihak berkuasa termasuk polis menggali semula sebuah kubur yang mencurigakan di Tanah Wakaf Perkuburan di Kampung Jawa, Batu Anam, Segamat, kira-kira 2.30 petang hari ini dan menjumpai satu mayat bayi lelaki yang sedang mereput.

Rogol Berkumpulan Oleh Warga India


Kajang: Tiga lelaki warga India bertindak menyamar sebagai anggota polis sebelum memperkosa seorang wanita selepas berpura-pura mahu memeriksa dokumen pasport milik mangsa.

Polis Buru Ketua Geng Botak



Seremban: Polis Negeri Sembilan kini memburu ketua Geng Botak dikenali Man Botak, 23, selepas tertangkapnya lapan ahli kumpulan berkenaan.

Perompak Jongkong Emas Tak Sempat Hidup Mewah



Kuala Lumpur : Pasukan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menahan lapan suspek yang menyamun kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 10 April lalu dan merampas jongkong emas yang sudah dilebur, semalam.

Peniaga Penipu Akan Didakwa Segera



Rompin: Jabatan Peguam Negara diminta mempercepatkan proses pendakwaan kepada peniaga yang didapati menipu pengguna berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Raja Bomoh Diwartakan Sesat



Ipoh: Ajaran Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang pernah menggemparkan umat Islam negara ini dengan pelbagai upacara pelik bakal diwartakan sesat serta haram di Perak selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati amalan dibawa individu berkenaan sebagai terpesong dari agama.

Rokok Seludup Jadi Racun Pelajar Sekolah



Kuala Lumpur: Rokok seludup yang dijual pada harga antara RM3.50 dan RM4 sekotak adalah satu perangkap mudah untuk pelajar sekolah yang mula berjinak-jinak untuk merokok.

Warga Myammar Ditetak Depan Bank



Kuala Lumpur: Seorang pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) warga Myanmar ditemui parah selepas dipercayai diserang beberapa individu di Jalan Sungai Besi, di sini Ahad lalu.

Mayat Pegawai Polis Dijumpai Selepas 11 Jam



Kuala Lumpur: Mayat seorang pegawai polis yang terbabit kemalangan di Kilometer 17.2 Lebuhraya Grand Saga, di sini, kelmarin ditemui selepas 11 jam gerakan mengesannya dilakukan termasuk di beberapa hospital sekitar Lembah Klang.

Tuesday 28 April 2015

Amah cedera didera ditinggalkan dalam hutan



SHAH ALAM - Seorang pembantu rumah bukan sahaja didera malah ditinggalkan di dalam hutan sendirian tanpa makan dan minum berhampiran perkampungan orang asli di Ulu Yam, Hulu Selangor, 19 April lalu.

Remaja dicekup intai isteri orang di tandas masjid


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja dicekup ketika leka mengintai seorang wanita di dalam sebuah tandas masjid di Kampung Bukit Tok Beng di sini, Ahad lepas.

Datuk Dan Datuk Sri Palsu Dalang Sindiket Kereta Mewah


KUALA LUMPUR - Polis berjaya mematahkan sindiket penipuan urusan jual beli kenderaan mewah selepas menahan tiga individu menggunakan gelaran 'Datuk' palsu serta merampas 27 kereta mewah dianggar bernilai RM10 juta di Jalan Pahang, di sini.

Samun Di Kelantan Guna Kenderaan Mewah



Kota Bharu: Polis Kelantan memburu sekumpulan lelaki yang aktif melakukan samun dengan menggunakan kenderaan mewah di negeri ini sejak awal tahun ini.

Sup Kepala Ikan Caj Terlalu Mahal



Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan membuka dua kertas siasatan terhadap sebuah restoran di daerah itu yang terkenal dengan sup kepala ikan yang didakwa mengenakan caj terlalu mahal untuk hidangan sup berkenaan.

Pegawai IT Tumbuk Pegawai Imigresen



Kuala Lumpur: Seorang pegawai teknologi maklumat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan seorang pegawai imigresen, tahun lalu.

Militan Bom Dikepung Seawal 8 Pagi



Kuala Lumpur: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman sudah membuat persediaan dan persiapan sebelum menahan 11 anggota kumpulan militan negara Islam (IS) Malaysia apabila membuat kepungan di kawasan kaki Gunung Nuang, Hulu Langat, seawal jam 8 pagi, Sabtu lalu sebelum kesemua suspek ditahan jam 5 petang hari yang sama.

Militan Buat Bom Akan Diburu



Putrajaya: Saki baki kumpulan militan tempatan yang menghasilkan bom atau bahan letupan sendiri sebelum merancang melakukan huru-hara dengan meletupkan beberapa kawasan strategik di Lembah Klang diburu hingga ke lubang cacing.

Pemuda Maut Tertembak Diri Sendiri



Pengkalan Hulu: Seorang pemuda maut apabila dipercayai tertembak dirinya sendiri dengan senapang patah milik bapanya selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira empat meter di Jalan Kampung Kuak Tengah, di sini, petang kelmarin.

Penjenayah Paling Dikehendaki Ditahan Dengan Tembakan



Johor Bahru: Tiga penjenayah yang paling dikehendaki berkaitan beberapa kes samun di negeri itu ditahan hanya lima jam selepas mencuri Proton Preve dalam kejadian mengejar sejauh kira-kira dua kilometer sebelum kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Persiaran Senibong, Kampung Senibong, di sini, petang semalam.

Kepala Dihentak DEngan Besi, Dipijak Didada



Ampang: Dipijak di dada, kepalanya dihentak dengan besi selain ditampar. Itulah penderitaan dilalui seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dibelasah bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka Lembah Jaya Utara, di sini, hanya kerana pulang lewat ke rumah.

Wanita Ditemui Dalam Semak



Dungun: Kemalangan di Kilometer 8, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Kampung Santong, petang semalam, menjadi kelam-kabut apabila seorang wanita ditemui dalam semak sedangkan suaminya mendakwa dia memandu bersendirian.

Curi Beg Dalam Beg Di Surau



Shah Alam: Beg dalam beg. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk membawa keluar beg tangan mangsanya dari sebuah surau dalam pusat beli-belah, di sini, untuk mengelak dikesan.

Monday 27 April 2015

Pengawal Keselamatan Mengamuk Berhadapan Hukuman Bunuh



JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan bank dihadapkan ke mahkamah di sini, atas dua tuduhan kerana membunuh dan menyebabkan kecederaan parah terhadap dua pegawai bank dalam kejadian 17 April lalu.

Bilik Gerakan PAS Rompin Diserang


ROMPIN - Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan Pas di sini, awal pagi semalam.

Tendang Lelaki Tua, Mohon Maaf Dan Hilang



Kuantan: Berang akibat anak ditampar dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak menendang warga emas sehingga tersembam seperti dalam rakaman video yang tersebar di laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin.

Lelaki Myammar Dibunuh Dalam Kebun Sayur



Sitiawan: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an dijumpai mati dipercayai dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala dan badan, di sebuah kebun sayur, di sini hari ini.

Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM Dalam Siasatan Disahkan Jawatan?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kena memberi penjelasan benarkah Pemangku ACP yang ditahan dan disiasat oleh SPRM telah disahkan jawatannya?

Adakah wajar perkara ini berlaku sedangkan beliau adalah suspek utama kes pengubahan wang haram dan ketika ditahan, terdapat dadah jenis ERAMIN5 bersamanya? Rujuk di
sini.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar wajar mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan kedudukan pegawai polis tersebut, dikatakan Lim Kim Fook yang kini sedang disiasat oleh SPRM diatas dakwaan pengubahan wang haram dan pemilikan dadah. RM500,000 bukan satu jumlah yang sedikit dijumpai di dalam rumah suspek.

Samseng Ditembak Di Ladang



Kulaijaya: Polis Johor menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing dalam kejadian di sebuah ladang di Bandar Putra, Kulaijaya, 3.45 pagi, hari ini.

Pencuri Sorok Dalam Tandas Rumah Pensyarah



Dungun: Seorang lelaki nekad bersembunyi dalam tandas selepas tindakannya memecah masuk sebuah rumah milik pensyarah disedari mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di institusi pengajian tinggi (IPT), kelmarin.

Pelajar "Jeling" Lebam Mata Dipukul



Ampang: Seorang remaja perempuan lebam mata kiri selepas dibelasah rakan sekolahnya yang tidak berpuas hati dengan perbuatan mangsa menjelingnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Pandan Mewah, di sini, kelmarin.

Gadis 18tahun Tergila-gilakan Mat Motor


Shah Alam: Seorang gadis berusia 18 tahun sanggup datang dari Cheras ke bandar raya ini dengan menunggang motosikal tanpa lesen memandu semata-mata mahu menemui rakan lelakinya, semalam.

Perompak Acu Parang Ke Leher Pembantu Rumah



Melaka: Seorang daripada tiga penjenayah berjaya ditangkap polis selepas merompak sebuah banglo milik seorang ahli politik di Taman Cheng Baru, semalam.

Sunday 26 April 2015

Ops Samseng Jalanan Keluarkan 150 Saman



Shah Alam: Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam mengeluarkan 150 saman terhadap pengguna jalan raya dalam Ops Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Datuk Rusli Ahmad Ketua Polis Johor baru



Johor Bahru: Datuk Seri Mokhtar Mohd Sharif menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Johor kepada penggantinya Datuk Rusli Ahmad dalam Majlis Serah Tugas Ketua Polis Johor, sebentar tadi.

Dua Puluh Lima Premis Judi Ekor Haram Melaka Diserbu




Melaka: Sebanyak 25 premis judi ekor haram di dua daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, lumpuh selepas diserbu Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Lelaki Cuba Merompak Ditahan


MELAKA - Tindakan pantas anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Cegah Jenayah berjaya menahan seorang lelaki yang sedang melakukan rompakan di sebuah rumah di Taman Cheng Baru di sini pagi tadi.

Dua Belas Individu Rancang Huru-harakan Negara



SHAH ALAM - Polis menahan 12 individu di Hulu Selangor dan Kuala Lumpur dipercayai ‎merancang untuk melakukan huru-hara terhadap negara.

Masyarakat Desak SPRM Dan Peguam Negara Segerakan Kes Rasuah Di Kalangan PDRM

Benarkah kewibawaan Ketua polis Negara tercalar akhir-akhir ini dengan pelbagai cerita kurang manis didengar berhubung nama baik PDRM?

Isu rasuah di kalangan anggota pelbagai pangkat, isu operasi yang dibuat dikatakan hanya tertumpu kepada pesaing kumpulan kongsi gelap tertentu sahaja dan isu tangkapan ikan bilis ketika serbuan dibuat terhadap rumah-rumah pelacuran?

Antaranya, isu kenaikan pangkat anggota PDRM yang dikatakan pilih bulu?


Menurut sumber dari Plaza Pekeliling dan Tang Ling, hanya anak-anak kelahiran negeri Sembilan sahaja diberi keutamaan dalam kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih besar?

Di Maktab Cheras dan ahli politik UMNO juga menyuarakan betapa nama PDRM sekarang semakin buruk imejnya. Nampak seolah-olah ada kuasa luar cuba mempengaruhi PDRM dalam setiap operasi yang dibuat.


Ini berdasarkan kekebalan premis maksiat yang dimiliki oleh sesetengah kumpulan kongsi gelap yang tidak pernah disentuh hingga ke hari ini.

Ketua Polis Negara juga dikatakan menggunakan media sosial untuk mencari pengaruh kononnya beliau adalah Ketua Polis Negara yang paling pantas memberi maklum balas dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan PDRM?


Kedengaran juga suara-suara yang tidak sedap didengar tentang Ketua Polis Negara dikatakan sedang menyusun perancangan untuk melangkah ke dunia persaraan dari jawatan tersebut ke jawatan baru, Duta?

Menurut sumber-sumber tersebut, ada dakwaan liar tentang gaya hidup anak Ketua Polis Negara yang dikatakan begitu mewah? Samada anak beliau mempunyai Kelab Hiburan Eksklusif atau suka menghabiskan masa di sana?

Isu tentang rumah mewah dan kereta besar juga mula dimainkan oleh 'radio usang' dan ini memerlukan penjelasan Ketua Polis Negara dengan segera.

Yang lebih menggerunkan ialah masyarakat mula bertanya apakah wujud hubungan istimewa beliau dengan AlCapone?

Begitu juga dengan isu Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM yang sehingga kini begitu menyentuh imej bukan sahaja anggota PDRM namun ianya juga mengganggu perasaan anak isteri anggota PDRM.

Jelas sekali masyarakat ingin mendengar penjelasan Ketua Polis Negara tentang isu-isu yang sedang hangat berlegar ini.


Siapa AlCapone?

Bomoh Raba Dan Sentuh Kemaluan Pesakit



Alor Setar: Rawatan pelik dan menjijikkan. Itu dilakukan seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang menggunakan pisau dan keris kononnya untuk membuang sihir sebelum meraba dan menyentuh kemaluan seorang wanita di kediamannya di sebuah flat di Alor Setar, di sini.

Tiga Peluru Dikesan Dalam Beg



Georgetown: Kecanggihan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, berjaya mengesan tiga butir peluru yang dipercayai masih aktif di dalam beg milik seorang penumpang lelaki warga negara Indonesia.

Pekerja Restoran Cuba Bunuh Diri



Melaka: Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Merlimau, dekat sini, berjaya diselamatkan dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari menara papan tanda restoran itu, malam kelmarin.