Sunday 26 April 2015

Masyarakat Desak SPRM Dan Peguam Negara Segerakan Kes Rasuah Di Kalangan PDRM

Benarkah kewibawaan Ketua polis Negara tercalar akhir-akhir ini dengan pelbagai cerita kurang manis didengar berhubung nama baik PDRM?

Isu rasuah di kalangan anggota pelbagai pangkat, isu operasi yang dibuat dikatakan hanya tertumpu kepada pesaing kumpulan kongsi gelap tertentu sahaja dan isu tangkapan ikan bilis ketika serbuan dibuat terhadap rumah-rumah pelacuran?

Antaranya, isu kenaikan pangkat anggota PDRM yang dikatakan pilih bulu?


Menurut sumber dari Plaza Pekeliling dan Tang Ling, hanya anak-anak kelahiran negeri Sembilan sahaja diberi keutamaan dalam kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih besar?

Di Maktab Cheras dan ahli politik UMNO juga menyuarakan betapa nama PDRM sekarang semakin buruk imejnya. Nampak seolah-olah ada kuasa luar cuba mempengaruhi PDRM dalam setiap operasi yang dibuat.


Ini berdasarkan kekebalan premis maksiat yang dimiliki oleh sesetengah kumpulan kongsi gelap yang tidak pernah disentuh hingga ke hari ini.

Ketua Polis Negara juga dikatakan menggunakan media sosial untuk mencari pengaruh kononnya beliau adalah Ketua Polis Negara yang paling pantas memberi maklum balas dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan PDRM?


Kedengaran juga suara-suara yang tidak sedap didengar tentang Ketua Polis Negara dikatakan sedang menyusun perancangan untuk melangkah ke dunia persaraan dari jawatan tersebut ke jawatan baru, Duta?

Menurut sumber-sumber tersebut, ada dakwaan liar tentang gaya hidup anak Ketua Polis Negara yang dikatakan begitu mewah? Samada anak beliau mempunyai Kelab Hiburan Eksklusif atau suka menghabiskan masa di sana?

Isu tentang rumah mewah dan kereta besar juga mula dimainkan oleh 'radio usang' dan ini memerlukan penjelasan Ketua Polis Negara dengan segera.

Yang lebih menggerunkan ialah masyarakat mula bertanya apakah wujud hubungan istimewa beliau dengan AlCapone?

Begitu juga dengan isu Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM yang sehingga kini begitu menyentuh imej bukan sahaja anggota PDRM namun ianya juga mengganggu perasaan anak isteri anggota PDRM.

Jelas sekali masyarakat ingin mendengar penjelasan Ketua Polis Negara tentang isu-isu yang sedang hangat berlegar ini.


Siapa AlCapone?

No comments:

Post a Comment