Monday 18 May 2015

Lelaki Nigeria Terjun Kolam



PUCHONG – Seorang lelaki warga Nigeria nekad terjun ke dalam kolam untuk mengelak daripada diberkas sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Ikrar, awal pagi semalam.

Namun tindakan itu gagal apabila penguatkuasa Imigresen Selangor berjaya memberkas lelaki tersebut selepas mengepung kawasan kolam itu.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Ramli Othman berkata, lelaki itu antara 52 individu yang ditahan termasuk sembilan wanita warga asing dalam Ops Ikrar yang dijalankan di enam lokasi.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah restoran, seramai tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki warga India, dan seorang lelaki warga Myanmar ditahan.

“Kita kemudian menahan tiga lelaki warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh di kawasan yang sama,” katanya.

Katanya, empat lelaki warga Nigeria ditahan di sebuah restoran lain di lokasi sama, manakala lima warga Bangladesh, dua lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Nigeria ditahan di sekitar Pusat Bandar Puchong.

“Kita juga menahan empat lelaki dan empat wanita warga Indonesia, seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki Pakistan dalam pemeriksaan di sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong,” katanya.

Menurutnya, tujuh lelaki dan empat wanita warga Nigeria, tiga lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki dan wanita warga Somalia, seorang lelaki warga Libya dan seorang lelaki warga Nepal ditahan di sekitar Sunway Piramid.

“Kesemua individu ditahan berusia antara 19 hingga 38 tahun di bawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam, sebelum dihantar ke depoh tahanan di Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya.




-SH

No comments:

Post a Comment