Monday 18 May 2015

Pasport Milik Orang Lain



Pontian: Seorang wanita berusia 56 tahun dikenakan denda sebanyak RM15,000 selain sebuah perodua Viva milik suaminya dilucutkan hak selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki pasport milik individu lain di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin Pekan Nanas di sini hari ini.

Hakim Salawati Djambri ketika membacakan keputusan berkata, hukuman dikenakan terhadap Hamidah Dahlan adalah lebih rendah dari sepatutnya selain mengambil kira tertuduh pertama kali melakukan kesalahan berkenaan.

Jika gagal membayar denda terbabit tertuduh boleh dikenakan penjara selama lapan bulan bagi setiap pertuduhan terbabit di bawah Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, Hamidah pada kira-kira 10 malam di dalam sebuah Perodua Viva dengan nombor pendaftaran JPQ 6234 di rumah nombor 21 Jalan Aliff Harmoni 2/5 Taman Damansara Aliff Tampoi tanpa kuasa yang sah memiliki tiga pasport milik warganegara Sri Lanka dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) akta yang sama.

Tertuduh yang memakai tudung hitam dan blaus berbunga diwakili oleh peguam Mohamad Haza Khalid.

- HM

No comments:

Post a Comment