Monday 18 May 2015

Ketua Polis Negara Gagal Laksana Tanggungjawab?


Menurut mantan Ketua Polis Negara, penguatkuasa yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara mudah dipergunakan oleh kongsi gelap.

Lelaki Nigeria Terjun Kolam



PUCHONG – Seorang lelaki warga Nigeria nekad terjun ke dalam kolam untuk mengelak daripada diberkas sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Ikrar, awal pagi semalam.

Pasport Milik Orang Lain



Pontian: Seorang wanita berusia 56 tahun dikenakan denda sebanyak RM15,000 selain sebuah perodua Viva milik suaminya dilucutkan hak selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki pasport milik individu lain di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin Pekan Nanas di sini hari ini.

Dadah Punca Amuk Jadikan Anak Isteri Tebusan



Melaka: Lelaki berusia 30-an yang mengamuk dan bertindak menjadikan ibu, isteri serta tiga anaknya sebagai tebusan dalam kejadian di Duyong Indah, 7 malam Sabtu lalu disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Pengawal Sekolah Miliki Senjata Tiruan



Kuala Lumpur: Dua beradik dan seorang rakan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan kerana memiliki senjata tiruan yang disembunyikan di pondok pengawal sebuah sekolah di Kepong.

Ustaz Selangor Hina Negeri Sembilan Bebal



Seremban: Video ceramah seorang ustaz yang didakwa mengutuk dan menghina Negeri Sembilan menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat maklum balas ramai pengguna laman berkenaan.

“Saya ditetak, kepala saya dipijak dan disepak" - Doktor Disamun



Kota Bharu: “Dalam keadaan berlumuran darah itu, saya dan isteri serta dua anak berjalan kaki sejauh satu kilometer ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Penculik Restoran Hubungi Ahli Keluarga



Kota Kinabalu: Selepas tiga hari kejadian culik dua rakyat negara ini di Restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, Sandakan, 14 Mei lalu, kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) dipercayai ada menghubungi ahli keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan dipercayai puluhan juta ringgit bagi membebaskan mangsa.

Ibu Muda Ambil Syabu Sebelum Bersalin



Ampang: Walaupun sarat mengandung, seorang ibu muda sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jumaat lalu.

Mayat Bayi Dikerat 15 Tanpa Kepala



Johor Bahru: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, pagi semalam.

Sunday 17 May 2015

22 Perusuh Direman 4 Hari


Kuala Terengganu: Seramai 22 lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh ketika perlawanan bola sepak Piala FA antara Terengganu dan LionsXII malam tadi ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Muhammad Firdaus Abdul Rahim yang membenarkan kesemua lelaki direman sehingga Rabu untuk siasatan lanjut.

Kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 36 tahun selepas membuat kekecohan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan, Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan dan Seksyen 427 KK kerana melakukan khianat.

Dalam insiden itu, rusuhan mula berlaku di dalam dan luar stadium kira-kira 10.45 malam ketika minit-minit terakhir perlawanan.

Kekecohan berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap pengadil perlawanan yang membatalkan gol keempat skuad Penyu dan melayangkan kad merah kepada dua pemain Terengganu.

Penyokong Terengganu bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek seperti botol, kerusi dan batu selain ada yang membakar suar.

- HM


Penyokong Bola Bukan Cedera Akibat Gas Pemedih Mata


Kuala Terengganu: Tiada sebarang kejadian penyokong cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecohan selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan LionsXII di Stadium Sultan Mizan Zailnal Abidin seperti tersebar di laman sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Malah pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) juga memaklumkan kepada kami tiada terdapat kes berkenaan.

"Bagaimanapun, dalam kekecohan semalam, terdapat empat anggota kami cedera kerana terkena balingan batu dan dipukul penyokong serta mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HSNZ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini, petang ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, suspek utama yang menyebabkan van milik St John Ambulans Malaysia terbakar di stadium berkenaan semalam, belum dikenal pasti dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk tampil membuat laporan polis.
- HM

Gambar Pegawai Polis Beraksi Seks?

Kenapa Ketua Polis Negara tidak membuat kenyataan rasmi berhubung dakwaan Sanjeevan mengenai skandal seks yang melibatkan pegawai PDRM yang berpangkat tinggi?

Sehingga ke hari ini, Sanjeevan yang juga Pengerusi Mywatch belum lagi dipanggil kemana mana balai polis untuk disoal siasat. Dalam dakwaan tersebut, beliau turut mengakui mempunyai bukti yang amat kukuh. Bukti bergambar dan dokumen ada di tangan beliau.

Hampir setahun beliau membuat pengakuan yang turut dilihat menjejaskan nama baik PDRM dan juga membuatkan ahli keluarga PDRM hidup tertekan.

“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas" - Graduan Fotografi



Kuala Lumpur: “Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” kata Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21.

Etnik Rohingya Jadikan Langkawi Tempat Mendarat



Langkawi: Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk etnik Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh yang menjadikan Pulau Langkawi sebagai medan pendaratan mereka menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Penyokong Bola Terengganu Bertindak Liar



Kuala Terengganu: Penyokong yang geram terhadap mutu pengadilan bertindak liar apabila merosakkan kemudahan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi.

Lelaki Jadikan Anak Isteri Tawanan



Melaka: Seorang lelaki ditahan polis selepas hampir tujuh jam mengamuk dengan menjadikan ibu, isteri dan tiga anak sebagai tebusan dalam kejadian di Duyong Indah, 2 pagi tadi.

Saturday 16 May 2015

Suami Cederakan Isteri Didenda RM2000


KUALA LUMPUR - Padah mencederakan isteri sendiri, seorang suami didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini.

Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan


SETIU - Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.

Pelajar Tingkatan Satu Dibelasah Samseng



Klang: Pelajar tingkatan satu di Pandamaran cedera di badan selepas diserang sekumpulan lelaki tengah hari kelmarin.

Pistol Tembak Pengutip Hutang Dijumpai



Butterworth: Polis menahan suspek kes tembak mati seorang pengutip hutang di Taman Carissa, Mak Mandin, Selasa lalu.

Kedai Serbaneka Disamun Kekasih



Bukit Beruntung: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Orkid D/2, Bukit Sentosa di sini, disamun dua penjenayah 8.16 malam tadi.

Peragut Dibelasah Depan Pasaraya



Kuching: Lelaki cedera dibelasah orang ramai manakala rakannya sempat lolos selepas meragut seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Penrissen, di sini.

Lif Kuarters Polis Rosak, Jenazah Usung Guna Tangga



Subang Jaya: Kerosakan dua lif di kuarters perumahan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya menyebabkan penghuninya terpaksa mengusung jenazah seorang anggota polis menuruni tangga dari tingkat lapan kediaman itu.

Ditahan Dalam Kem Tahanan Geng Penyeludupan Manusia



Kuala Lumpur: “Sebaik lolos ke Malaysia di Padang Besar...saya dan rakan (pelarian) dibawa menaiki lori kecil ke Alor Setar,” kata Amanullah, 24, etnik Rohingya dari Myanmar yang mendakwa pernah ‘dikurung’ di kem tahanan geng penyeludupan manusia di puncak Bukit Khao Rup Chang, Padang Besar Thailand.

Bayi Balai Jadi Anak Angkat Balai



Ipoh: Bayi perempuan yang dilahirkan di Balai Polis Kampung Tawas, di sini, Rabu lalu, akan diambil sebagai anak angkat balai polis berkenaan.

SPRM Tidak Berani Siasat Sanjeevan?

Masyarakat persoalkan kenapa SPRM dilihat mengikut telunjuk PDRM dalam banyak kes yang melibatkan pegawai berpangkat tinggi PDRM.

Contoh kes yang kini hangat dibualbicarakan di Tangling dan Plaza Pekeliling adalah kes Pengerusi Mywatch, Sanjeevan.

Isu yang menimbulkan pertanyaan masyarakat adalah bagaimana dengan hanya bekas pekerja hotel, Sanjeevan mampu memiliki dua unit kereta mewah BMW. Bukan setakat memiliki kereta yang bernilai lebih dari RM300,000 sebuah tetapi makin menjadi tandatanya bagaimana beliau juga mampu membida tender no plat kenderaan tersebut dengan nilaian melebihi RM300,000. Rujuk di
sini.

Apakah pekerjaan atau perniagaan Sanjeevan setelah berhenti dari hotel kerana di hotel tersebut pun Sanjeevan hanya berjawatan eksekutif biasa sahaja. Beliau bukannya bertaraf di peringkat pengurusan tertinggi atau pemegang saham hotel tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, Sanjeevan masih hidup dengan gaya mewah yang meragukan. Menurut sumber Tangling dan Plaza Pekeliling, Sanjeevan 'tiba-tiba' kaya selepas kes pendedahan Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM yang dibuat olehnya?

Apa penjelasan pihak SPRM?

Friday 15 May 2015

Suami Belasah Isteri Tersalah Beli Makanan



Hanya kerana tersalah membeli makanan, seorang wanita diperlakukan dengan kejam apabila dia dibelasah suaminya dengan batang mop di rumah mereka di sebuah flat di Air Itam, di sini, Selasa lalu.

Lelaki Lepaskan Tembakan Rambang Di Pusat Tarbiah PAS



Kota Bharu: Kira-kira 20 pelanggan sebuah gerai makan lari lintang- pukang selepas seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dalam kawasan Pusat Tarbiah PAS di Rantau Panjang, tengah malam kelmarin.

Ahli Parlimen Miri Patah Tulang Selangka Bahu Dibelasah



Miri: Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Kheng patah tulang selangka bahu kiri dan cedera di beberapa anggota badan apabila dibelasah lelaki tidak dikenali dalam kejadian di hadapan klinik miliknya di Jalan Tanjung Off Miri-Bintulu, di sini, pagi tadi.

Muktadil Bersaudara Terlibat kes Culik?



Kota Kinabalu: Polis akan menyiasat dari segenap aspek sama ada kumpulan penjenayah rentas sempadan 'Muktadil Bersaudara' terbabit dengan kes culik dua warga tempatan oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata pistol dan M16 di restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, dekat sini, malam tadi.

Dadah RM51juta Dirampas



Kuala Lumpur: Polis menahan 17 individu anggota sindiket dadah antarabangsa berusia antara 24 hingga 57 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM51 juta dalam serbuan di 11 lokasi di Lembah Klang, Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Pengurus Restoran Diculik



Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi mengesahkan kejadian penculikan membabitkan pengurus restoran berusia 50 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun di Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

Mayat Dalam Tangki Air Jadi Lendir



Kuala Lumpur: Kehilangan seorang lelaki sejak tujuh hari lalu menimbulkan tanda tanya apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan cair di kawasan tangki air sebuah kondominium di Jalan Semantan, Bukit Damansara, di sini.

Penyamun Berbaju Kurung



Segamat: “Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.

Thursday 14 May 2015

Mesin ATM Cuba Dipecahkan DEngan Tukul Besi Dan Pahat



Ipoh: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas cuba memecah mesin ATM menggunakan tukul besi dan pahat dalam kejadian di bank di Bercham, di sini, kelmarin.

Bapa Tak Ada Lesen Jamin Anak Juga Tak Ada Lesen



Kuala Lumpur: Bapa borek anak rintik. Itu berlaku apabila seorang lelaki ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu kereta ketika cuba menjamin anak lelakinya yang turut ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Bas Kilang Hangus Dibakar



Johor Bahru: “Saya tidak menolak mungkin ia angkara khianat,” kata seorang pengusaha bas pekerja, M Devadassan, 40, yang kerugian RM60,000 selepas dua bas miliknya hangus dalam kebakaran di Jalan Bayu, Kawasan Perindustrian Hasil, Tampoi, di sini, awal pagi semalam.

Ibu Tunggal Dikejar Along



Johor Bahru: “Saya lega kerana ada pihak yang tampil membantu sehingga syarikat pinjaman wang itu setuju memanjangkan tempoh bayaran balik,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Ramona yang menjadi buruan along selepas kantin diusahakan di sebuah kilang di Senai, dekat sini, gulung tikar.

Lelaki Minta Wang Dari Budak Lelaki 10tahun



Johor Bahru: “Seorang lelaki memegang beg sekolah dan meminta wang daripada anak saya, mujur ada rakan sekolahnya menjerit sebelum suspek melarikan diri,” kata seorang wanita Chee Meng Heong, 41.

Wednesday 13 May 2015

Penyelia Tapak Tertembus Besi Cerucuk



Georgetown: Seorang penyelia tapak projek maut selepas kepalanya ditembusi besi cerucuk ketika melakukan kerja di tapak pembinaan di Lebuh Farquhar, di sini, pagi tadi.

Pelajar Lelaki Direman Bunuh Junior



Bachok: Mahkamah Majistret Bachok membenarkan permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari pelajar lelaki, 17, bagi membantu siasatan kes pelajar yang maut ditendang senior, semalam

Lelaki Dibunuh Dan Bakar Berhampiran Pencawang Elektrik



Kulim: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dengan kesan separuh terbakar berhampiran pencawang elektrik di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Bukit Chong, Sungai Karangan, di sini, pagi tadi.

Pemungut Hutang Mati Ditembak


BUTTERWORTH - Seorang pemungut hutang maut ditembak ketika menunggang motosikal di lorong belakang deretan rumah kedai di Taman Carissa, Mak Mandin di sini hari ini.

Tekong Sepak, Ketuk dan Bunuh Sesuka Hati



Langkawi: Pengalaman menyaksikan rakan sendiri diperlakukan dengan buruk oleh tekong dan orang upahan termasuk disepak, diketuk pada kepala selain dibunuh sebelum mayat dibuang ke laut meninggalkan trauma paling menakutkan buat lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terkandas di pulau peranginan ini, kelmarin.

Koleksi Mata Wang Disamun



Kuala Lumpur: Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan kerugian lebih RM4,000 apabila koleksi mata wang pelbagai negara dan barangan berharga miliknya dilarikan penjenayah.

Rantaian Sindiket Pemerdagangan Manusia Babitkan "Orang Dalam"



Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan pembabitan ‘orang dalam’ berkait rantaian sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia membabitkan laluan sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di utara semenanjung.

Buruh Mabuk Dipukul Dan Dibakar Hidup-hidup



Kota Bharu: Seorang buruh yang mati selepas dibakar hidup-hidup didapati dipukul terlebih dahulu di tempat lain oleh rakan sekerjanya sebelum dia dibakar di kebun kelapa sawit Jalan Kebun Cherang Tuli, Pasir Puteh, kelmarin.

Nenek Ditangkap Khalwat Dengan Warga Pakistan



Jitra: Impian seorang nenek untuk berkahwin dengan teman lelaki warga Pakistan berkecai apabila mereka bukan sahaja kerugian wang tunai hampir RM3,000 akibat ditipu ejen yang mendakwa mahu menguruskan pernikahan mereka, tetapi turut dicekup berkhalwat di sebuah rumah inap desa di Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Penjenayah "WANTED" Mati Ditembak



Butterworth: Polis menembak mati penjenayah amat dikehendaki yang mempunyai 54 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembak di Jalan Kubur, Butterworth, 5 pagi tadi.

Tuesday 12 May 2015

Mayat Di Tepi Batas Sawah


SEBERANG PERAI - Mayat seorang lelaki warga asing ditemui di tepi batas sawah di Jalan Ban Merah, Permatang Nibong, Kubang Semang di sini pagi tadi.