Monday 18 May 2015

Penculik Restoran Hubungi Ahli Keluarga



Kota Kinabalu: Selepas tiga hari kejadian culik dua rakyat negara ini di Restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, Sandakan, 14 Mei lalu, kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) dipercayai ada menghubungi ahli keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan dipercayai puluhan juta ringgit bagi membebaskan mangsa.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman enggan mendedahkan kepada umum berhubung jumlah sebenar wang tebusan diminta kumpulan penculik itu kerana membabitkan jumlah agak besar.

Beliau berkata, pihaknya sendiri sudah bertemu dengan ahli keluarga kedua-dua mangsa dan mengesahkan ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik terbabit, kelmarin berhubung tuntutan wang bagi membebaskan kedua-dua mangsa.

“Jumlah yang diminta agak besar dan saya tidak boleh mengisytiharkan kepada umum,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

- HM

No comments:

Post a Comment