Monday 18 May 2015

“Saya ditetak, kepala saya dipijak dan disepak" - Doktor Disamun



Kota Bharu: “Dalam keadaan berlumuran darah itu, saya dan isteri serta dua anak berjalan kaki sejauh satu kilometer ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Sampai di sana baru saya hubungi polis, memandangkan kami kehilangan semua telefon bimbit termasuk yang dihadiahkan kepada isteri,” kata mangsa samun Dr Khairul Iqaan Lukman, 34.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, kediaman dua tingkat Dr Khairul Iqaan di Kubang Kerian, di sini, diceroboh dua lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang serta pistol.

Ketika kejadian dia, isteri Dr Nik Shah Hizan Nik Lah selain dua anak mereka berusia lima dan empat tahun tidur dalam bilik di tingkat atas rumah.

Suspek difahamkan memecah masuk rumah mangsa selepas mengumpil jeriji dan menanggalkan cermin.

Dr Khairul Iqaan berkata, beliau tersedar rumah diceroboh apabila badannya ditolak dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kepalanya ditetak dengan parang oleh seorang suspek.

“Saya ditetak, kepala saya dipijak dan disepak sebelum kami semua diikat di sebuah bilik lain.

- HM

No comments:

Post a Comment