Friday 15 May 2015

Mayat Dalam Tangki Air Jadi Lendir



Kuala Lumpur: Kehilangan seorang lelaki sejak tujuh hari lalu menimbulkan tanda tanya apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan cair di kawasan tangki air sebuah kondominium di Jalan Semantan, Bukit Damansara, di sini.

Mayat lelaki dikenali sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Padir Tuntong, Jeram, Klang itu, ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh orang awam.

Mayat mangsa yang masih berpakaian itu ditemui dalam keadaan telentang manakala daging tubuhnya sudah reput menyerupai agar-agar.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila mangsa bukan penghuni kediaman itu selain tidak mempunyai rekod sebagai kontraktor bangunan terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah berkata, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.

- HM

No comments:

Post a Comment