Friday 15 May 2015

Pengurus Restoran Diculik



Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi mengesahkan kejadian penculikan membabitkan pengurus restoran berusia 50 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun di Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

Kata Zahid, kejadian itu berlaku pada pukul 7.40 malam semasa pertukaran syif polis yang meronda di perairan Timur Sabah.

"Pasangan suami isteri rakyat tempatan itu diculik di restoran Sandakan Ocean King.

"Penculik itu membawa pasangan itu ke arah Filipina,"kata Zahid.

Tambahnya lagi pihak polis sudah mengepung perairan berkenaan.

"Pihak kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina mengenai situasi itu," katanya.

Zahid bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada penculik itu dikaitkan dengan militan Abu Sayaf.

- HM

No comments:

Post a Comment