Friday 15 May 2015

Dadah RM51juta Dirampas



Kuala Lumpur: Polis menahan 17 individu anggota sindiket dadah antarabangsa berusia antara 24 hingga 57 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM51 juta dalam serbuan di 11 lokasi di Lembah Klang, Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bermula 4.40 petang, 12 Mei sehingga 10.30 malam, 13 Mei hasil risikan dan kerjasama dengan Biro Kawalan Narkotik Kementerian Keselamatan Awam dan Biro Narkotik Polis Hong Kong.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, turut ditahan adalah seorang rakyat tempatan yang juga dalang sindiket berkenaan berusia 32 tahun dan dua lelaki lelaki warga Bangladesh.

"Selain pelbagai jenis dadah bernilai RM51 juta, turut dirampas 18 kenderaan bernilai RM2.1 juta, wang tunai RM129,000 dan barang kemas serta jam berjenama bernilai RM40,000," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Katanya, semua yang ditahan direman tujuh hari hingga 19 Mei manakala operasi memburu saki baki anggota sindiket berkenaan masih diteruskan.

- HM

No comments:

Post a Comment