Friday 15 May 2015

Muktadil Bersaudara Terlibat kes Culik?



Kota Kinabalu: Polis akan menyiasat dari segenap aspek sama ada kumpulan penjenayah rentas sempadan 'Muktadil Bersaudara' terbabit dengan kes culik dua warga tempatan oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata pistol dan M16 di restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, dekat sini, malam tadi.

Pesuruhjaya Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, kemungkinan besar ia didalangi oleh kumpulan Muktadil Bersaudara namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Polis juga akan menyiasat sasaran awal penculikan itu berlaku sama ada ia membabitkan orang dalam atau sebaliknya.

"Kita akan siasat latar belakang semua pekerja di restoran berkenaan dan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

"Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961," katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini juga belum ada sebarang panggilan atau permintaan diterima daripada pihak penculik berhubung wang tebusan.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada 7.26 malam.

"Ketika kejadian, semua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan.

"Kedua-dua mangsa kemudian ditarik secara paksa oleh kumpulan terbabit," katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment