Friday 15 May 2015

Ahli Parlimen Miri Patah Tulang Selangka Bahu Dibelasah



Miri: Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Kheng patah tulang selangka bahu kiri dan cedera di beberapa anggota badan apabila dibelasah lelaki tidak dikenali dalam kejadian di hadapan klinik miliknya di Jalan Tanjung Off Miri-Bintulu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 8 pagi itu, mangsa sedang berjalan menuju ke kliniknya sebelum dihampiri lelaki yang memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kie berkata, mangsa kemudiannya dibelasah menggunakan pemukul besbol aluminium sebelum melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, mangsa kini sedang mendapat rawatan di Hospital Miri dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Siasatan awal polis mendapati, nombor pendaftaran yang digunakan suspek adalah palsu iaitu didaftarkan atas kereta jenis Perodua Viva.

"Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment