Saturday 16 May 2015

Lif Kuarters Polis Rosak, Jenazah Usung Guna Tangga



Subang Jaya: Kerosakan dua lif di kuarters perumahan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya menyebabkan penghuninya terpaksa mengusung jenazah seorang anggota polis menuruni tangga dari tingkat lapan kediaman itu.

Jenazah anggota polis terbabit, Sarjan Salehhuddin Sha’ari, yang meninggal dunia Selasa lalu diusung beramai-ramai menuruni tangga oleh rakan setugasnya untuk urusan pengebumian.

Kepayahan dialami itu antara masalah yang kerap membelenggu penghuni kuarters 16 tingkat berkenaan berikutan perkhidmatan lif di situ kerap mengalami gangguan teknikal.

Penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, 23, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak sekian lama malah kedua-dua lif itu kerap tidak boleh digunakan serentak.

“Akibatnya penduduk terpaksa menggunakan tangga untuk naik dan turun setiap hari.

-HM

No comments:

Post a Comment