Saturday 16 May 2015

Ditahan Dalam Kem Tahanan Geng Penyeludupan Manusia



Kuala Lumpur: “Sebaik lolos ke Malaysia di Padang Besar...saya dan rakan (pelarian) dibawa menaiki lori kecil ke Alor Setar,” kata Amanullah, 24, etnik Rohingya dari Myanmar yang mendakwa pernah ‘dikurung’ di kem tahanan geng penyeludupan manusia di puncak Bukit Khao Rup Chang, Padang Besar Thailand.

Amanullah yang kini bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah premis di pinggir ibu kota berkata, dia berjaya masuk ke Malaysia pada 2013 dan sudah lebih dua tahun berada di negara ini.

“Saya tidak tahu di mana tempat kami lolos masuk Malaysia tetapi, setahu saya kawasan itu dekat dengan Padang Besar. Sebab saya dan hampir 1,000 rakan senegara serta (pelarian) warga Bangladesh ditahan di kem tahanan di puncak Bukit Khao Rup Chang yang memang dekat dengan Padang Besar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Memperincikan perjalanannya ke Malaysia, Amanullah berkata, dia bergerak dari Myanmar ke Thailand menaiki bot sebelum dibawa ke kem tahanan di puncak bukit itu dan ditahan selama dua bulan.

“Di situ, kami hanya makan daun dan buah kayu saja. Ada rakan yang mati kena pukul dan kelaparan. Selepas dua bulan, baru kami dapat masuk ke Malaysia.

- HM

No comments:

Post a Comment