Saturday 16 May 2015

Bayi Balai Jadi Anak Angkat Balai



Ipoh: Bayi perempuan yang dilahirkan di Balai Polis Kampung Tawas, di sini, Rabu lalu, akan diambil sebagai anak angkat balai polis berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh, berkata sekiranya ibu bapa bayi berkenaan bersetuju dengan perkara itu, satu majlis akan diadakan di Balai Polis Kampung Tawas pada satu tarikh yang sesuai.

Menurutnya, sepanjang hampir 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ini adalah kejadian pertama orang awam dilahirkan dalam balai polis dengan dibidankan oleh anggota polis sendiri.

"Alhamdulillah, bayi dan ibu selamat serta dilaporkan sihat serta tahniah kepada Konstabel Hasliza Abdul Jalil kerana dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah tidak kira apa jua keadaan.

"Harap kejadian ini menjadi contoh kepada semua anggota polis dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," katanya selepas melawat bayi perempuan terbabit di kediaman mereka di Klebang Putra, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, bapa bayi berkenaan, Mohd Maulod Mohd Yusop, 38, berkata mereka sekeluarga bersyukur dengan apa yang berlaku dan berbesar hati anak bongsu mereka dijadikan anak angkat Balai Polis Kampung Tawas.

Sehingga ini, katanya, Atikah diberikan kepada anak bongsu itu, namun nama penuh belum difikirkan.

- HM

No comments:

Post a Comment