Saturday 16 May 2015

SPRM Tidak Berani Siasat Sanjeevan?

Masyarakat persoalkan kenapa SPRM dilihat mengikut telunjuk PDRM dalam banyak kes yang melibatkan pegawai berpangkat tinggi PDRM.

Contoh kes yang kini hangat dibualbicarakan di Tangling dan Plaza Pekeliling adalah kes Pengerusi Mywatch, Sanjeevan.

Isu yang menimbulkan pertanyaan masyarakat adalah bagaimana dengan hanya bekas pekerja hotel, Sanjeevan mampu memiliki dua unit kereta mewah BMW. Bukan setakat memiliki kereta yang bernilai lebih dari RM300,000 sebuah tetapi makin menjadi tandatanya bagaimana beliau juga mampu membida tender no plat kenderaan tersebut dengan nilaian melebihi RM300,000. Rujuk di
sini.

Apakah pekerjaan atau perniagaan Sanjeevan setelah berhenti dari hotel kerana di hotel tersebut pun Sanjeevan hanya berjawatan eksekutif biasa sahaja. Beliau bukannya bertaraf di peringkat pengurusan tertinggi atau pemegang saham hotel tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, Sanjeevan masih hidup dengan gaya mewah yang meragukan. Menurut sumber Tangling dan Plaza Pekeliling, Sanjeevan 'tiba-tiba' kaya selepas kes pendedahan Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM yang dibuat olehnya?

Apa penjelasan pihak SPRM?

No comments:

Post a Comment