Friday 15 May 2015

Suami Belasah Isteri Tersalah Beli Makanan



Hanya kerana tersalah membeli makanan, seorang wanita diperlakukan dengan kejam apabila dia dibelasah suaminya dengan batang mop di rumah mereka di sebuah flat di Air Itam, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki itu turut dikatakan menyumbat tuala dalam mulut serta mengikat kedua-dua tangan wanita berusia 31 tahun berkenaan hingga mangsa lemah tidak bermaya.

Selepas puas menyeksa isterinya, lelaki itu hanya memberikan mangsa paracetamol dan dalam keadaan lemah wanita terbabit keluar daripada rumah kerana bimbang dipukul semula.

Tidak tahan dengan perbuatan suaminya itu, wanita terbabit menghubungi Talian Nur.

- HM

No comments:

Post a Comment