Saturday 16 May 2015

Peragut Dibelasah Depan Pasaraya



Kuching: Lelaki cedera dibelasah orang ramai manakala rakannya sempat lolos selepas meragut seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Penrissen, di sini.

Dalam kejadian 3.30 petang semalam itu, suspek berusia 27 tahun bersama rakannya menunggang motosikal dan cuba meragut seorang wanita.

Bagaimanapun, wanita berusia lingkungan 20-an itu melawan dan pergelutan antara mangsa dan kedua-dua suspek itu menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber, suspek kemudian melepaskan beg tangan mangsa dan cuba melarikan diri.

"Namun, tidak berjaya apabila orang ramai mengepung lokasi kejadian dan mengejar suspek.

"Ketika melarikan diri, motosikal yang dinaiki mereka terlanggar kereta menyebabkan kedua-dua suspek jatuh. Seorang daripadanya sempat melarikan diri.

"Orang ramai terus membelasah suspek dan menyebabkannya cedera di muka dan badan. Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment