Thursday 14 May 2015

Mesin ATM Cuba Dipecahkan DEngan Tukul Besi Dan Pahat



Ipoh: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas cuba memecah mesin ATM menggunakan tukul besi dan pahat dalam kejadian di bank di Bercham, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai pemotong ayam ditahan anggota dari Balai Polis Bercham selepas menerima panggilan daripada syarikat penggera bunyi memaklumkan penggera di bank berkenaan berbunyi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis berjaya menahan suspek yang ketika itu baru keluar dari bank berkenaan dan merampas tukul serta pahat dipercayai digunakannya untuk cubaan memecah mesin ATM berkenaan.

Katanya, siasatan dilalukan di dalam bank berkenaan mendapati pintu bahagian bawah satu daripada mesin ATM itu terbuka dan terdapat kesan umpilan dipercayai dilakukan suspek.

"Suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

- HM

No comments:

Post a Comment