Saturday 16 May 2015

Pelajar Tingkatan Satu Dibelasah Samseng



Klang: Pelajar tingkatan satu di Pandamaran cedera di badan selepas diserang sekumpulan lelaki tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, pelajar itu berada di sebuah kedai makan berhampiran sekolah sebelum didatangi beberapa remaja dan menariknya ke kawasan perumahan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa kemudiannya ditolak ke dalam longkang.

"Suspek memukulnya kerana dipercayai mangsa enggan menyertai satu kumpulan samseng.

"Mangsa cedera di tangan, calar di belakang badan serta luka di lutut. Polis tahan dua remaja, masing-masing 13 dan 15 tahun bagi membantu siasatan," katanya.

-HM

No comments:

Post a Comment