Thursday 14 May 2015

Ibu Tunggal Dikejar Along



Johor Bahru: “Saya lega kerana ada pihak yang tampil membantu sehingga syarikat pinjaman wang itu setuju memanjangkan tempoh bayaran balik,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Ramona yang menjadi buruan along selepas kantin diusahakan di sebuah kilang di Senai, dekat sini, gulung tikar.

Hasil perbincangan antara Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Johor Michael Tay dengan syarikat pinjaman wang terbabit, mereka tidak menokok jumlah bunga pinjaman.

Kisah Ramona, 40, yang disiarkan akhbar ini sejak 6 Mei lalu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pasaraya Econsave yang tampil membantu ibu tunggal lima anak itu selepas along memaksanya melacur untuk membayar hutang.

Ramona terpaksa meminjam wang sebagai modal perniagaan di kantin sebuah kilang di Senai selepas bekas suaminya bertindak lepas tangan daripada menanggung nafkah anak mereka.

Menurutnya, dia mahu membayar hutang dan amat bersyukur kerana boleh kembali semula ke kediamannya di Kulaijaya untuk meneruskan kehidupan.

- HM

No comments:

Post a Comment