Thursday 14 May 2015

Lelaki Minta Wang Dari Budak Lelaki 10tahun



Johor Bahru: “Seorang lelaki memegang beg sekolah dan meminta wang daripada anak saya, mujur ada rakan sekolahnya menjerit sebelum suspek melarikan diri,” kata seorang wanita Chee Meng Heong, 41.

Dia menceritakan pengalaman dilalui anak lelakinya, Ezekiel, 10, yang didatangi seorang lelaki ketika sedang menunggunya di luar sekolah selepas tamat sesi persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Taman Johor Jaya jam 12.50 tengah hari Isnin lalu.

Katanya, dia terlewat kira-kira 15 minit daripada sepatutnya dan menyedari insiden yang menimpa anak keduanya itu selepas Ezekiel membuka mulut menceritakan kejadian yang berlaku.

“Lelaki terbabit mendakwa saya menyuruhnya untuk membawa pulang anak saya ke rumah sambil tangannya memegang beg Ezekiel.

“Ezekiel terdiam dan tidak menjawab pertanyaan lelaki terbabit berikutan dia mengingati pesanan supaya tidak mengikuti mana-mana individu tidak dikenali selain ahli keluarga,” katanya ketika ditemui semalam.

- HM

No comments:

Post a Comment