Monday 18 May 2015

Pengawal Sekolah Miliki Senjata Tiruan



Kuala Lumpur: Dua beradik dan seorang rakan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan kerana memiliki senjata tiruan yang disembunyikan di pondok pengawal sebuah sekolah di Kepong.

Suspek yang berumur antara 20 hingga 23 tahun itu ditahan 2 pagi tadi, kerana disyaki memiliki senjata jenis Revolver .38 dan sebilah pisau selain dipercayai terbabit dengan jenayah samun dan pecah rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy, dua suspek ditahan di pondok keselamatan sekolah berkenaan manakala rakannya ditahan di rumah di Selayang.

"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan jenayah yang dilakukan kumpulan ini seperti kamera, parang, pisau pemotong daging, gari dan topeng," katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api dan tidak menolak mereka adalah kumpulan jenayah samun dan pecah rumah.

- HM

No comments:

Post a Comment