Monday 20 April 2015

Skandal Pegawai Berpangkat Tinggi Dengan Kongsi Gelap? Siapa AlCapone

1. Benarkah Malaysia sudah wujud pertalian antara PDRM dan kumpulan gangster Kongsi Gelap berikutan kejadian cubaan bunuh Ketua Kongsi Gelap yang digeruni oleh kumpulan samseng yang lain baru-baru ini. (rujuk di sini)

2. 'Ah Hai' yang menyerah diri di balai polis untuk siasatan selama 2 jam sahaja dan dilepaskan. Kini persoalan timbul, di manakah Ah Hai berada? menurut sumber beliau sudah berada di luar negara berikutan amaran Ketua Polis Negara untuk cuci bersih Kuala Lumpur, Selangor dan juga negeri-negeri lain dari maksiat judi-online.

3. Ada yang mempersoalkan S.O.P PDRM dalam usaha membenteras judi-online ini kerana Ketua Polis Negara mengisytiharkan dalam media cetak dan media elektronik. Apakah Ketua Polis Negara cuba menghantar isyarat kepada Ketua-Ketua Kongsi Gelap yang ada bahawa mereka kena keluar dari negara ini ketika operasi serbuan kedai judi-online dibuat? (rujuk di sini)

4. Serbuan yang dibuat hanya lakonan? Benarkah yang dirampas hanyalah hardware dan cip yang di dalamnya terdapat game judi-online sudah disimpan terlebih dahulu oleh sindiket atau kongsi gelap ini? Cip tersebut amat bernilai.

5. Judi-online ini melibatkan keuntungan jutaan ringgit setiap hari dan bagi mereka rampasan PDRM dalam serbuan ke premis mereka tidak menjejaskan perniagaan mereka atau operasi harian mereka.

6. Mengejutkan, adanya Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM yang dijaga dengan baik oleh kumpulan kongsi gelap ini. Mereka menjadi rakan baik Ah Hai. Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM ini hidup mewah (rujuk di sini)

7. Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM melaram dengan kereta-kereta mewah, konco-konco beliau memanggilnya lagak bagaikan Al-Capone. Bos pakai kereta mewah, anak buah pun boleh melaram juga dengan kenderaan mewah. Beza mewah antara Al-Capone dan anak buah hanya dengan 'siri' kenderaan itu sahaja.

8. Kemungkinan sudah terasa jejak hubungan baiknya dengan Ah Hai mula membau, Al-Capone menggunakan nama anaknya dan isteri mudanya dalam pemilikan aset bernilai jutaan ringgit seperti yang terdapat di Shah Alam. (rujuk di sini)

9. Wujud Kumpulan "Pembesar Cina" yang menguasai perniagaan haram masing-masing dan mereka berlumba-lumba merapatkan diri dengan Al-Capone dan Ah Hai adalah salah seorang daripadanya. Ah Hai terkenal dengan penguasaan bisnis judi-online. Perniagaan penyeludupan dan pelacuran dikuasai oleh sekutu Ah Hai.

10. Benarkah curut Al-Capone juga dibiaya oleh Ah Hai dan nilainya mencecah sehingga RM2,000 sebatang?

11. Siapakah Al-Capone dan kenapa beliau menjadi target Ah Hai? Adakah ada kaitan dengan politik Malaysia? "Wang" berkuasa untuk membeli siapa sahaja dan bila sampai masa, Pembesar-Pembesar Cina inilah yang akan menentukan siapakah puppet mereka?

No comments:

Post a Comment