Sunday, 19 April 2015

Aktiviti Haram, Kongsi Gelap Atur Penguatkuasa?

Apabila Ketua Polis Negara mengeluarkan arahan yang dilihat begitu tegas tentang operasi besar-besaran benteras judi online tidak lama dahulu, yang menjadi tandatanya ialah kenapa tidak ada laporan statistik sehingga hari ini tentang hasil operasi tersebut?

Bukan itu sahaja, ketika arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, beliau turut memberi amaran keras akan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negara yang gagal menyempurnakan arahan beliau. 


Masyarakat mula mempersoalkan, siapakah Ketua Polis Negeri yang ditukarkan dalam tempoh 24jam akibat kegagalan operasi di negeri masing-masing? Rujuk di sini.

Apakah Malaysia sudah bersih dari kegiatan haram yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap? Apakah sudah bersih negara ini dari aktiviti pelacuran dan judi online?

Bagaimana dengan premis yang dikatakan kebal dan tidak pernah terusik oleh pihak berkuasa?

Mantan Ketua Polis Negara dalam kenyataan terbaharunya melalui akaun twitter miliknya sendiri, "Cara Mafia mengatur penguatkuasa untuk tentukan aktiviti haram mereka berjalan lancar tanpa diganggu gugat oleh penguatkuasa".

Bagi penguatkuasa dari agensi Imigresen yang cuba untuk menunaikan amanah yang diberi, mereka akan diugut oleh kumpulan kongsi gelap. Rujuk di sini.

Sebelum ini Malaysiancrime pernah dedahkan:-

1. Amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara selama 7 hari kepada Ketua-Ketua Polis Negeri di seluruh Malaysia agar membenteras premis-premis yang menjalankan perniagaan judi-online nampaknya sudah melepasi had masa yang diberikan.

2. Rakyat Malaysia berpeluang melihat aksi PDRM menyerbu premis-premis tersebut melalui siaran TV ataupun gambar-gambar di dada akhbar utama.

3. Pendedahan Malaysian Crime sebelum ini tentang bahawa ianya hanya satu lakonan sandiwara wayang cina sahaja ternyata tidak tersasar (rujuk laporan sebelumnya di sini)

4. Menurut sumber, bagaimana rangkaian perniagaan judi-online milik seorang rakan rapat Al-Capone yang juga cukup terkenal selepas Fatty Choon dan Ah Hai tidak pernah diserbu sepanjang operasi yang dicanang hebat oleh Ketua Polis Negara. (rujuk gambar premis antara milik Ah Bee)

5. Timbul persoalan, kenapa Ah Bee begitu istimewa hinggakan rangkaian perjudian-online miliknya terselamat dalam setiap operasi. Apakah kerana PDRM Cawangan Judi dan Maksiat tidak menjumpai 'pintu rahsia' bilik judi atau ada hubungan istimewa antara Pegawai Berpangkat Tinggi-Al Capone-Ah Hai-Fatty Choon-Ah Bee?

6. Cawangan D7 dibawah seliaan PT Roslee Chik nampaknya mula membusuk namanya, tidak seperti dulu, cawangan Jenayah Judi dan Pelacur ini begitu disegani. Terbaru kes yang begitu mencalar nama baik cawangan D7, kes ACP yang ditangkap oleh pihak SPRM di atas dua pertuduhan jenayah.

7. Adakah PT Roslee Chik tidak serius melihat apa yang dibuat oleh orang bawahannya? Jumlah wang yang ditemui RM500,000 dan sejumlah dadah bukan suatu yang boleh dipandang ringan.

8. Perlukah diwujudkan satu lagi cawangan khas untuk memantau aktiviti haram Pegawai Berpangkat Tinggi dalam PDRM yang dilihat begitu berani berkongsi niaga dengan Ketua-Ketua kongsi Gelap yang begitu gah namanya di Malaysia dan terlalu kebal untuk ditangkap?

9. Hidangan cerita tangkapan ikan bilis seperti tidak membantu untuk menutup kes berprofail tinggi seperti yang berlaku kepada tertangkapnya seorang anggota berjawatan ACP seperti yang didedahkan di atas.


10. Bukan sahaja Ah Hai, Fatty Choon dan terbaru Ah Bee yang dilihat begitu rapat dengan Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM serta Al-Capone, ada lagi Ketua-Ketua Kongsi Gelap yang sememangnya dibawah penguasaan Al-Capone yang menjadikan Al-Capone begitu berkuasa dalam industri perniagaan haram judi-online dan pelacuran.

11. Menurut sumber juga, SPRM juga mulai terperangkap dengan permainan licik Al-Capone. Bersambung ke Bahagian kedua.
 

Penguatkuasa agensi mana yang mantan Ketua Polis Negara itu maksudkan?


No comments:

Post a Comment