Lumrah manusia bila diberi amanah dan dikhianati amanah tersebut maka bermula luntur tahap kepercayaan terhadap gaya kepimpinannya.
Bukan suatu yang luarbiasa bagi sesebuah agensi kerajaan ataupun kementerian melakukan pertukaran kepimpinannya kerana jawatan yang disandang adalah melalui satu proses perlantikan dan bukannya dari kutipan suara.
Perkara ini berlaku juga di dalam PDRM akhir-akhir ini? Menurut sumber Plaza Pekeliling dan Tangling, isu ketidakpercayaan tentang kebolehan Ketua Polis Negara kini adalah berpunca dari ketegasan mengendali kes-kes yang berprofail tinggi terutamanya yang melibatkan nama baik pasukan PDRM itu sendiri.
Kelemahan ketara adalah Ketua Polis Negara hanya dilihat garang melalui sebaran twitter milik peribadinya dan sebaran tersebut umpama satu pekeliling atau kenyataan rasmi dari pejabat Ketua Polis Negara terhadap sesuatu isu. Memadaikah tindakan beliau itu? Profesionalkah langkah yang diambil oleh beliau?
Menurut sumber juga, ianya bermula dengan arahan yang dilihat seperti bukannya satu operasi sulit bila Ketua Polis Negara memberitahu masyarakat bahawa pihak PDRM akan memerangi aktiviti judi online secara besar-besaran dan membuat pengakuan terbuka akan mengenakan tindakan disiplin terhadap Ketua Polis Negeri yang gagal dalam operasi tersebut termasuk penukaran 24jam.
Keraguan mulai timbul apabila sehingga kini tiada data statistik ditunjukkan kepada masyarakat tentang operasi yang kononnya telah dibuat secara besar-besaran tersebut sedangkan masih ada lagi premis milik kongsi gelap yang tumbuh bagaikan cendawan liar. Bahkan ada juga premis yang begitu kebal dan tidak pernah tersentuh oleh PDRM?
Ketua Polis Negara juga dilihat sepeti membuat arahan berpilih apabila kes pengakuan Sanjeevan, Pengerusi NGO MyWatch. Kenapa sehingga hari ini Sanjeevan tidak disiasat tentang pengakuan beliau yang dikatakan mempunyai bukti bergambar dan dokumen terhadap Skandal Seks Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM? Apakah yang Ketua Polis hendak sembunyikan sehingga kes yang menghina nama baik PDRM ini dilihat cuba ditutup dan Sanjeevan kekal 'menjalankan' modus operandi lontar batu sembunyi tangan?
Sebagai Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan dan juga ahli politik dari parti PKR, terkini Sanjeevan dilihat mula menyerang Menteri Dalam Negeri dengan dakwaan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid memiliki jam tangan yang berharga puluhan ribu. Adakah ianya modus operandi yang sama dan apakah ianya berupa ugutan kerana tidak mendapat sesuatu?
Benarkan Sanjeevan dari seorang pekerja biasa di Hotel Hilton menjadi jutawan segera selepas pengakuan mempunyai bukti Skandal Seks Pegawai PDRM? Sehinggakan beliau mampu membeli dua nombor plat kenderaan bernilai lebih dari RM300,000 untuk dua buah kereta mewahnya?
Ini sebahagian ketidakpercayaan anggota terhadap kepimpinan Ketua Polis Negara. Benarkah sudah ada usaha untuk memujuk beliau berundur secara terhormat?
No comments:
Post a Comment