Tuesday 28 April 2015

Samun Di Kelantan Guna Kenderaan Mewah



Kota Bharu: Polis Kelantan memburu sekumpulan lelaki yang aktif melakukan samun dengan menggunakan kenderaan mewah di negeri ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, modus operandi kumpulan lelaki seramai lima orang itu adalah menyasarkan kediaman tauke atau peniaga.

Katanya, sehingga kini sebanyak empat kes dilakukan kumpulan itu membabitkan daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu.

"Terbaru kumpulan lelaki itu melakukan samun dalam masa lima jam di Kota Bharu dan Kuala Krai membabitkan dua rumah milik peniaga dengan kerugian dianggarkan hampir RM60,00 antara 9 pagi hingga 2 petang semalam.

"Sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang digunakan suspek ditemui ditinggalkan di Kampung Sungai Lakit, Gua Musang, kira-kira 8.30 malam tadi," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pagi tadi.

- HM

No comments:

Post a Comment