Tuesday 28 April 2015

Sup Kepala Ikan Caj Terlalu Mahal



Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan membuka dua kertas siasatan terhadap sebuah restoran di daerah itu yang terkenal dengan sup kepala ikan yang didakwa mengenakan caj terlalu mahal untuk hidangan sup berkenaan.

Pemilik restoran berusia 52 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 57, Anti Pencatutan kerana didakwa menaikkan harga dan mengikut Seksyen 21(5), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana gagal memberi maklum balas terhadap notis Seksyen 21, yang diserahkan agensi penguatkuasaan itu.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata, sebelum ini pihaknya menerima dua aduan daripada orang awam pada 19 April yang mendakwa harga sup kepala ikan di restoran itu terlalu mahal.

- HM

No comments:

Post a Comment