Thursday 30 April 2015

Gaduh Dan Tetak Di Kubur



Muar: Pergaduhan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang cedera ditetak dengan parang di Tanah Perkuburan India Sungai Abong di sini, Jumaat lalu dikenal pasti berpunca akibat berebut seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, seorang lelaki dikatakan diserang sekumpulan lapan lelaki lain yang bersenjatakan parang di tempat kejadian.

Katanya, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang bergegas ke lokasi menemui sebilah parang dan beberapa kesan tompokan darah di tepi dinding sebuah rumah berhampiran tanah perkuburan terbabit.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar turut menemui tiga lagi parang yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya pada sidang media di IPD Muar, semalam.

Menurut Azman, satu operasi khas dijalankan di sekitar daerah ini bagi memburu suspek terbabit yang berusia lingkungan 14 hingga 35 tahun itu dan hasilnya berjaya menahan empat lelaki pada jam 1.45 pagi di kawasan bandar Muar.

“Empat lagi berjaya ditahan di Jalan Bakri, kira-kira 15 minit selepas itu. Manakala mangsa yang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) pula ditahan kelmarin bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment