Thursday 30 April 2015

Stor Rahsia Bawah Kolong Kedai Makan



Kuala Lumpur: Bina stor rahsia di bawah kolong kedai makan. Itu antara taktik terbaru digunakan peniaga untuk menyembunyikan pelbagai produk ubat beracun diseludup dari negara jiran.

Taktik itu digunakan segelintir peniaga ubat-ubatan haram di Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot di sini, sebelum berjaya dibongkar pihak berkuasa petang semalam.

Tindakan mereka itu dihidu anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas melakukan intipan di lokasi itu sejak dua minggu lalu. Sumber berkata, stor itu ditemui selepas anggota CPFKL berasa curiga dengan kewujudan sebuah pintu kecil di bawah kedai makan itu.

“Selepas diperiksa, kami menemui puluhan jenama produk dan kosmetik tidak berdaftar yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Ia membabitkan produk kosmetik dan perangsang seks mengandungi racun berjadual yang diharamkan berikutan pernah menyebabkan ramai mangsa mengalami keracunan dan dimasukkan ke hospital,” katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment