Thursday 30 April 2015

Skandal Seks Pegawai Berpangkat Tinggi Polis: Ada Unsur Rasuah?

Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut Khalid, semua laporan yang diterima berkaitan penyelewengan 1MDB akan dirujuk kepada pasukan tersebut yang ditubuhkan empat hari lalu.

Masyarakat memuji langkah Khalid yang cepat bertindak ke atas laporan-laporan yang telah dibuat berhubung dengan 1MDB namun bagaimana pula dengan kes yang melibatkan nama baik PDRM sendiri?

Bagaimana dengan dakwaan Sanjeevan, Pengerusi MyWatch bahawa beliau mempunyai bukti bergambar berhubung seorang anggota polis yang berpangkat tinggi terlibat dengan skandal seks? Adakah kes ini tidak perlu disiasat segera?

Masyarakat juga terasa tertipu dengan dakwaan terbaru Sanjeevan yang kononnya beliau sudah hadir ke Balai Polis Kajang tetapi pengakuan beliau telah dinafikan sendiri oleh Pegawai Penyiasat kes tersebut. Sanjeevan tidak pernah hadir seperti yang beliau dakwa di dalam twitter miliknya baru-baru ini.

Begitu juga dengan 'kekayaan mengejut', apakah benar Sanjeevan berjaya di dalam perniagaannya? Apakah perniagaan beliau sehinggakan beliau mampu untuk membeli dua unit nombor plat kenderaan dengan harga melebihi RM300,000?

Sanjeevan juga didapati mula menyerang nama-nama Mantan Ketua Polis Negara dengan pelbagai pertuduhan baru. Adakah Ketua Polis Negara ingin membiarkan sahaja seorang Pengerusi NGO Benteras Jenayah membuat tuduhan liar yang akhirnya memburukkan nama baik PDRM?

Pihak SPRM juga dilihat begitu serius dalam isu 1MDB dengan menubuhkan juga pasukan khas. Bagaimana pula dengan kes-kes yang tersebut di atas?

No comments:

Post a Comment