Wednesday 29 April 2015

Empat Perompak Kedai Komputer Ditangkap



Port Dickson: Empat perompak yang cuba melarikan diri selepas merompak kedai komputer di Jalan Bypass di sini, berjaya diberkas polis, 3.30 petang tadi.

Difahamkan, keempat-empat lelaki berusia 20-an hingga 30-an yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dikepung polis ketika melarikan diri ke arah Teluk Kemang, di sini.

Sumber berkata, suspek gagal melarikan diri apabila polis bertindak pantas menghalang laluan mereka sebaik menerima maklumat mengenai kejadian samun itu.

Menurutnya, polis turut menemui pedang samurai, serbuk cili dan pelbagai peralatan pecah rumah dalam kenderaan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

- HM

No comments:

Post a Comment