Wednesday 29 April 2015

Peniaga Penipu Akan Didakwa Segera



Rompin: Jabatan Peguam Negara diminta mempercepatkan proses pendakwaan kepada peniaga yang didapati menipu pengguna berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Kabinet hari ini.

"Kabinet memberitahu supaya Jabatan Peguam Negara hukum kes peniaga (seumpama ini) cepat-cepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Rompin di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon BN, Datuk Hasan Arifin.

-HM

No comments:

Post a Comment