Wednesday 29 April 2015

Mayat Pegawai Polis Dijumpai Selepas 11 Jam



Kuala Lumpur: Mayat seorang pegawai polis yang terbabit kemalangan di Kilometer 17.2 Lebuhraya Grand Saga, di sini, kelmarin ditemui selepas 11 jam gerakan mengesannya dilakukan termasuk di beberapa hospital sekitar Lembah Klang.

Mayat Inspektor Mohd Nafzanee Mohd Adnan, 36, ditemui di dalam longkang hanya kira-kira 10 meter dari motosikalnya kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.

Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang kelmarin, mangsa bersama beberapa penunggang motosikal berteduh di bawah jejambat Sungai Long, lebuh raya berkenaan ketika hujan lebat sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang terbabas akibat terlanggar lopak air di laluan berkenaan.

Akibat rempuhan itu, seorang lagi penunggang motosikal, Hasril Abd Rahman, 67, turut maut dalam kejadian berkenaan manakala beberapa penunggang lain mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, sebaik polis berjaya menemui motosikal Yamaha Nouvo LC milik mangsa, usaha mencarinya di lokasi kejadian dan beberapa hospital berhampiran gagal mengesan Mohd Nafzanee menyebabkan polis terpaksa kembali ke lokasi semula.

- HM

No comments:

Post a Comment