Tuesday 28 April 2015

Amah cedera didera ditinggalkan dalam hutan



SHAH ALAM - Seorang pembantu rumah bukan sahaja didera malah ditinggalkan di dalam hutan sendirian tanpa makan dan minum berhampiran perkampungan orang asli di Ulu Yam, Hulu Selangor, 19 April lalu.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung insiden itu, setelah mangsa dibawa ke Hospital Selayang.

“Mangsa berusia 23 tahun itu mendakwa dipukul majikan sehingga mukanya lebam, cedera di kepala dan salah satu jarinya patah,” katanya.

Hermono berkata, mangsa juga mendakwa didera majikannya dengan rotan dan batang besi.

“Mangsa bekerja di rumah majikannya di Kuala Lumpur lebih sebulan lalu, wanita itu mendakwa dia didera hampir setiap hari meskipun baharu seminggu bekerja,” katanya.

Menurutnya, majikan wanita itu membayar gaji RM800 sebulan. Mangsa memasuki Malaysia dengan menggunakan visa pelancong melalui Medan, Sumatera Utara, 3 Mac lalu. 

“Kita dapati ada warga Indonesia memasuki Malaysia sebagai pelancong, tetapi bekerja sebagai pembantu rumah, mungkin kos lebih murah.

“Saya mohon kerjasama majikan di Malaysia tidak menggaji pembantu rumah yang tidak mempunyai permit kerana mereka tidak terlatih, malah tiada pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Katanya, wanita tersebut kini berada di bawah penjagaan Kedutaan Indonesia di Malaysia.




-SH

No comments:

Post a Comment