Wednesday 29 April 2015

Warga Myammar Ditetak Depan Bank



Kuala Lumpur: Seorang pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) warga Myanmar ditemui parah selepas dipercayai diserang beberapa individu di Jalan Sungai Besi, di sini Ahad lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 7.25 pagi, mangsa lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum diserang beberapa individu yang belum dikenal pasti.

“Mangsa ditemui seorang rakannya yang kebetulan melalui kawasan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bank.

“Ketika ditemui tangan kiri mangsa patah manakala terdapat beberapa kesan tetakan di tangan kanannya,” kata sumber itu.

Ekoran kejadian itu, rakan mangsa menghubungi ambulans sebelum membuat laporan polis.

- HM

No comments:

Post a Comment