Monday 27 April 2015

Perompak Acu Parang Ke Leher Pembantu Rumah



Melaka: Seorang daripada tiga penjenayah berjaya ditangkap polis selepas merompak sebuah banglo milik seorang ahli politik di Taman Cheng Baru, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, tiga penjenayah dipercayai warga tempatan menceroboh rumah yang didiami tujuh sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang ditahan bersama dua lagi rakannya berusia 20 hingga 30 tahun memasuki rumah itu melalui dapur.

“Seorang daripada penjenayah memiliki parang sepanjang 0.45 meter memasuki banglo menerusi dapur yang tidak berkunci ketika tiga penghuni rumah terbabit berada di dapur.

“Penjenayah dipercayai berjaya melarikan wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas yang dianggarkan RM20,000,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

-HM

No comments:

Post a Comment