Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kena memberi penjelasan benarkah
Pemangku ACP yang ditahan dan disiasat oleh SPRM telah disahkan
jawatannya?
Adakah wajar perkara ini berlaku sedangkan beliau
adalah suspek utama kes pengubahan wang haram dan ketika ditahan,
terdapat dadah jenis ERAMIN5 bersamanya? Rujuk di sini.
Ketua
Polis Negara, Khalid Abu Bakar wajar mengadakan sidang media khas bagi
menjelaskan kedudukan pegawai polis tersebut, dikatakan Lim Kim Fook
yang kini sedang disiasat oleh SPRM diatas dakwaan pengubahan wang haram
dan pemilikan dadah. RM500,000 bukan satu jumlah yang sedikit dijumpai
di dalam rumah suspek.
Ketua Polis Negara perlu sedar persepsi
negatif yang dihadapi oleh PDRM berikutan ranking RASUAH sejak Khalid
Abu Bakar mengambil alih jawatan No1 PDRM.
MalaysianCrime juga
difahamkan bahawa siasatan kes masih lagi berjalan dan SPRM sendiri
telah meminta sedikit masa dan ruang agar kes ini dapat diselesaikan
secepat mungkin.
Saksi juga sudah tampil memberi kenyataan berhubung kes tersebut.
Integriti
PDRM nampaknya sedang bertambah celaru bila ada dakwaan mengatakan
Ketua-Ketua Kongsi Gelap dikatakan turut campurtangan dalam kes ACP ini?
Adakah ianya juga berkait rapat dengan pengukuhan kuasa
AlCapone dan kekebalan Ketua Kongsi Gelap dalam aktiviti judi online dan
pelacuran?
SPRM wajar tampil membersihkan nama entitinya makin
tercemar ekoran banyak kes yang melibatkan Anggota PDRM yang masih dan
terlalu lama untuk diselesaikan
No comments:
Post a Comment