Monday 27 April 2015

Pencuri Sorok Dalam Tandas Rumah Pensyarah



Dungun: Seorang lelaki nekad bersembunyi dalam tandas selepas tindakannya memecah masuk sebuah rumah milik pensyarah disedari mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di institusi pengajian tinggi (IPT), kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, suspek berusia 29 tahun dan bekerja sebagai penyelia asrama di IPT sama, dicekup pensyarah berusia 39 tahun berkenaan bersama polis bantuan ketika bersembunyi di dalam tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, sebelum kejadian, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan berkunci kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat lalu untuk ke Kuantan, Pahang.

Katanya, mangsa yang tiba di rumah mengesyaki rumahnya dipecah masuk sebaik melihat ada kunci pada tombol pintu depan rumahnya.

- HM

No comments:

Post a Comment