Tuesday 28 April 2015

Militan Bom Dikepung Seawal 8 Pagi



Kuala Lumpur: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman sudah membuat persediaan dan persiapan sebelum menahan 11 anggota kumpulan militan negara Islam (IS) Malaysia apabila membuat kepungan di kawasan kaki Gunung Nuang, Hulu Langat, seawal jam 8 pagi, Sabtu lalu sebelum kesemua suspek ditahan jam 5 petang hari yang sama.

Perkara itu dikongsikan seorang pemandu arah pendaki gunung, Norfazali Abd Aziz, 48, yang menyaksikan detik cemas itu selama sembilan jam sebelum semua anggota militan berjaya ditahan polis.

Norfazali atau lebih dikenali sebagai Along oleh kumpulan pendaki memberitahu seawal jam 7 pagi beberapa lelaki sudah tiba dikawasan kaki gunung dan berbual dengannya mengenai kawasan itu dan dia tidak mengesyaki sebarang kejadian yang akan berlaku kerana menganggap mereka yang datang ke Gunung Nuang untuk mendaki.

Namun, perkara itu mula menimbulkan curiga apabila 10 anggota polis masih tidak mendaki dan hanya duduk bersantai di kaki gunung sambil memerhatikan kawasan sekitar.

“Saya mulanya fikir mereka mungkin hendak mengadakan penggambaran filem namun perkara itu tidak berlaku kerana mereka tidak membawa sebarang kelengkapan. Kira-kira jam 4.30 petang beberapa kenderaan tiba dan semua mereka (kumpulan suspek) membawa beg seolah-olah ingin mendaki malah salah seorang daripada ahli kumpulan itu membuat pendaftaran di pejabat renjer hutan.

- HM

No comments:

Post a Comment