Sunday 26 April 2015

Datuk Rusli Ahmad Ketua Polis Johor baru



Johor Bahru: Datuk Seri Mokhtar Mohd Sharif menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Johor kepada penggantinya Datuk Rusli Ahmad dalam Majlis Serah Tugas Ketua Polis Johor, sebentar tadi.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pengerusi Perkep Kontinjen Johor, Datin Seri Bibi Zakiah turut menyerahkan jawatan kepada penggantinya, Datin Zaitun Mohd Isa.

Kira-kira jam 10 pagi tadi, majlis tabik hormat terakhir diadakan sebelum Mokhtar Sharif berkhidmat tujuh tahun sebagai Ketua Polis Johor meninggalkan IPK Johor.

Dalam ucapannya, Mokhtar mengingatkan anggotanya berkhidmat kepada masyarakat.

-HM

No comments:

Post a Comment