Monday 6 April 2015

Lelaki Mati Ditetak Di Kubur Cina



Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tetakan di leher di Perkuburan Cina berhampiran Kem Sungai Besi di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia lingkungan 25 tahun itu ditemui pada 8 pagi dalam keadaan terlentang oleh penjaga kubur berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantarvke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum dapat mengenalpasti suspek yang terlibat, bagaimanapun, akan terus melakukan siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment