Johor Bahru: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan ‘ahlong’ dengan mensasarkan pekerja warga asing dan merampas 50 kad ATM milik mangsa serta wang tunai lebih RM88,000, pada 1 April lalu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan membuat serbuan di asrama pekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini, kira-kira 8.30 malam.
Beliau berkata, dalam serbuan itu lelaki berusia 40 tahun ditahan ketika berurusan dengan pekerja kontrak di situ.
Menurutnya, turut dirampas ketika serbuan 18 kad ATM milik mangsa serta wang tunai RM36,300.
"Serbuan kemudian dilakukan di rumah suspek di Taman Perling dan 32 kad ATM dan wang tunai RM45,050 dan lebih 25 juta Rupiah (RM7,139) serta buku-buku nota dan lejar yang mengandungi butir peminjam dirampas.
"Suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu bersendirian dan sudah aktif sejak tiga tahun lalu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini, hari ini.
- HM
No comments:
Post a Comment