Tuesday 14 April 2015

Mayat Lelaki Myammar Dalam Taliair



Kota Bharu: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui tertiarap dalam tali air di Kampung Serendah, Ketereh, di sini.

Mayat ditemui di bawah jambatan oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian.


"Mangsa berusia 20 tahun dan difahamkan sebelum itu dia tidak pulang ke rumahnya di kampung berdekatan selama tiga hari.

"Kita masih menyiasat apa yang berlaku dan motif kejadian," katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat.

- HM

No comments:

Post a Comment