Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia melonjak ke tangga-50 pada 2014, berbanding tangga ke-53 tahun lalu, dengan skor sebanyak 52%, sekaligus menjadikan negara ini berada pada kedudukan paling baik dalam tempoh 10 tahun, menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu). Ini adalah laporan yang dipaparkan kepada masyarakat.
Perlu diingat bahawa indeks CPI ini adalah jawapan yang merangkumi keseluruhan sektor atau agensi kerajaan dan ianya bukan hanya menjuruskan ke arah sektor pasukan keselamatan negara sahaja seperti PDRM.
Apa yang menjadi topik bualaan masyarakat kota adalah 'kekebalan' operasi atau aktiviti perniagaan haram kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang ada di negara ini. Adakah sudah terhapus secara keseluruhan aktiviti perniagaan pelacuran dan judi online?
Bagaimana pula dengan arahan dan amaran Ketua Polis Negara tentang operasi benteras judi online dan hukuman kepada Ketua Polis Negeri kiranya gagal? Rujuk di sini.
Sehingga kini, kenapa Ketua Polis Negara tidak menyiarkan kepada umum hasil operasi yang beliau war-warkan di media perdana? Apakah masih ada premis yang begitu kebal dan tidak mampu diserbu oleh PDRM? Rujuk di sini.
Menurut masyarakat kota, adakah kemungkinan wujudnya amalan rasuah di antara kumpulan kongsi gelap dengan beberapa individu berpangkat tinggi di dalam PDRM atau adanya penglibatan dari ahli politik yang tamakkan kemewahan demi kelangsungan kuasa politik kawasan tertentu serta adanya penjawat awam yang turut serta menjadi dalang kepada kekebalan aktiviti kumpulan kongsi gelap ini?
Ketua Polis Negara harus tampil menjelaskan statistik kejayaan PDRM dalam membenteras aktiviti yang dikatakan menyumbang angka terbesar dalam indeks rasuah ini.
No comments:
Post a Comment