Kota Bharu: Seorang bekas jururawat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan memalsukan wang RM100 sebanyak tujuh keping, dua tahun lalu.
Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nor Aziarina Ismail, 32, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan tujuh keping wang tunai RM100 yang dibuat pemalsuan untuk membeli peranti tablet daripada Muhamad Afif Zuhdi Muhamad, 23, hingga menyebabkan kerugian RM700.
Menurut kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 489 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh untuk memberi pengajaran dan menjaga kepentingan awam.
- HM
No comments:
Post a Comment